Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Alhamdulillah. Rase syukur kepada Allah SWT kerana segalanya dah selesai. Pernikahan dan walimatul urus sumenye berjalan lancar pd 10,11, 12 jun lps.

3 hari 2 mlm beb kenduri kawen. Buat 2 kenduri sekali jalan je. Senang. Biar sekali je rase penat. Tapi seriously mmg penat beb. Iye la 3 kali mekap, 2 hari dirai, layan tetamu bagai mmg penat tak terkata la.Tapi best tau! Maklumje la sekali je seumur hidup.(InsyaAllah).

Pengalaman naik pelamin, berarak dgn paluan kompang, jadi tontonan ratusan mata memandang, pakai baju 1 kilo(ayat gempak je) berat plus tebal(panas woo) plus meleret dgn mekap ala2 artis tu mmg akan dikenang sepanjang hayat la. Terus permenant dalam otak dan sanubari ni.

10 June 2011.......hari nikah

Ok. Nak cerita skit masa nikah ari tu,pkul 2 pm aku dah start mekap dah. Selesai mekap dalam pkul 3.30pm. Then menunggu masa nak gi masjid. Dalam pkul 4.30pm aku pun sampai kat masjid Al-Muhtadin yg dkt je ngn rumah aku. Habis je solat Asar berjemaah, upacara ijab dan kabul pn start. Perasaan neves tu kompem la ade kan. Lagi2 part ayah aku dah salam ngn suami aku. Mcm nak pecah jantung ni ha..After lafaz yang kedua, aku pn selamat dinikahkan dgn suamiku berwalikan ayah aku sndiri. Selesai je lafaz nikah tu, perasaan aku mmg lega yg teramat sgt. Mcm tak percaya pun ade. Tetibe je pabila start salam-salam ngn umi dan ayah aku, rase sebak pulak muncul tetibe. Ye la. Maknenya aku bukan lg milik umi & ayah. Dah jadi hak milik org lain. Standard la kan...bile anak dara sendiri dh jd milik org...msti la sedey.

Malam tu, takde majlis berinai. Yang ada majlis tahlil jemput org2 surau. Ade la makan-makan skit. Meanwhile, mlm tu jgk la aku siapkan sireh junjung (dgn bantuan mak ngah aku) sebagai hantaran utk pihak lelaki.Lps tu tido beramai-ramai bergelimpangan kat tgh rumah. Maklum la esok sibuk kenduri, msti super penat.


11 June 2011.....hari persandingan

Lps je sembahyang subuh, aku nengok dah ramai dah kat umah aku. Orang dan start masak dah untuk makan kenduri tengah hari nanti. Mekap artis i, kak Awyn, pkul 9am dah terpacak kat dpn umah utk mengandam. Dalam pkul 11.30am aku pun siap mekap pakai baju pengantin kaler biru. For ur information, tema kaler majlis rumah aku ialah kaler biru + maroon. Kaler meriah gitu.

Kira-kira pukul 12.45 tgh hari rombongan pengantin lelaki pun sampai dan aku diarak dr parking ke bwh khemah jemputan. Sebelum sampai ke meja beradap, kami dijamu mata dgn persembahan silat tongkat oleh adik bongsu aku ngan kawan-kawan die. Then, baru la berjalan ke meja beradap. After makan, sesi naik pelamin lak untuk bergambar dgn family dan kawan-kawan yang hadir. Aku memilih utk tidak adekan acara merenjis/menepung tawar sbb upacara tu kan tak elok. Tapi still aku nak merasa gak naik pelamin. Jadi upacara tu diganti dgn sesi salam-menyalam je dan mengambik gambar.

Lepas tu acara yg paling best iaitu potong kek. Kek aku 3 tingkat tu..hehe.Kek tu dah la sedap tapi aku dpt makan secubit je. Abis je majlis, cari kek kawen dah takde. Selamat dah dalam perut tetamu and family aku. Hehe..takpe la.Tetamu semua habis balik dalam pkul 5 ptg. Lps tu, start kemas-kemas sikit. Sebelah malamnye, sesi mengira duit pemberian tetamu ngn bukak hadiah pulak. Byk gak la hadiah kawen yg aku dpt dr kawan2 yg dtg. Ade yg bg pinggan mangkuk(standad la), cadar katil, periuk nasi, blender, dapur masak dr uwan ngn family Uda dan multi cooker dr opis aku. Lps tu sume pun tidur dalam keletihan....


12 June 2011.......majlis sambut menantu

Pagi tu family aku bgn lambat sikit. Lps subuh sume pn sambung tido jap. Maklum la penat kan semalam. Dalam pukul 8 cam tu, anna ngn bf die and kak zu(pengapit aku) sampai kat umah. Time tu aku baru je bgn nak mandi. Siap kene perli lg ngn anna. Haha. After breakfast, mekap artist aku pn sampai and aku pn terus dimekapkan utk kali ketiga. Siap-siap sume dalam pkul 11.30am camtu la.

Kami sampai di Dewan Komuniti Tmn Tun dalam pukul 12.50 pm camtu. Selepas tu kami diarak masuk ke dalam dewan dan terus je ke meja beradap kat atas pentas. Suasana dalam dewan time tu ramai dah saudara-mara dan tetamu yg dtg dan tgh makan. selesai je makan,mcm biasa upacara potong kek then turun ke bwh salam dgn sedara dan tetamu yg dtg.

Kawan-kawan belah suami aku jgn cerita la. Ramai btul yang dtg. Rase best sgt sbb diorg sudi dtg meraikan aku. Ade kawan-kawan die tu, aku kenal gak. So, no wonder ramai yang dtg kan. Sbb kenal kteorg berdua. Then, mcm biase la sambil2 salam menyalam amik gambar. Jalan pusing satu dewan salam ngan guests mmg penat la. Tapi best sbb dpt kenal ngn ramai org. And sebelum tamat majlis suami aku gi karok lagu Kekasih Awal dan akhir lak untuk aku. Siap kene rakam la. Haha. Lawak la die ngn suara rock kapak ngan gaya gediks bagai..nasib time tu tetamu ramai dah balik. Klu tak, aku lak yg segan menengoknye. Hehe.

Setelah selesai sume majlis ni, hari isnin tu gi outdoor photoshoot plak kat taman rekriasi Taman Tun. Lps tu settlekan hal-hal pemulangan baju dan barang pengantin lak.Bile dah selesai semua hal-hal kawen ni baru la leh tarik nafas lega.Baru la leh rilek sikit. Skrang ni la baru leh pikir tentang mase depan dan hala tuju lps kawen ni. Macam-macam perubahan yang berlaku dalam sekelip mata. Jadi bagi aku, kene la bersedia untuk menghadapi semua ni. Pelan-pelan jalan la kan.

Anyway, im so glad after sumenye berjalan dgn lancar. Dan aku skrg rase sgt bahgia bersama dgn dia. Mudahan-mudahan aku dan suami akan terus kekal hingga ke akhir hayat kami. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis perkahwinan ku..





No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]