Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Hari ni merupakan hari genap setahun aku bertunang dgn si dia. Tinggal lagi 4 hari untuk hari ijab kabul kami. Perasaan skrg? mcm2 ada. Kejap-kejap rase excited, kejap lagi rase resah, rase nervous tu kompem la kan..walaupn bukan aku yg kene mengadap pak imam, tp rase tu tetap ada sebab lps ni dah jadi milik org lain. Tanggungjawab semakin besar dan seolah-olah aku akan memasuki satu alam yang baru.

Alam rumahtangga..hmm mcm mane la agaknya ye?? Jadi isteri dan bakal jadi ibu dan kemudian jadi nenek ke..haha. Jauh lagi nak jadi nenek..(takpe beringat je dulu). Bersedia atau tidak, hari tu tetap akan tiba. Redha je la ek..

Skrg ni rmai member tanye khabar..tanye mcm mane persiapan. So far so good. (I hope so). Aku malas nak tension2 sgt psl persiapan ni. Sbb sememangnya byk nak sediakan. Tapi buat sikit demi sikit la. Tak yah nak over sgt. Just be simple and nice. Budget pun tak besar. Ala kadar je. Yang penting ada and sume nye selamat. Yang penting-penting cam baju, khemah, makanan, doorgift sume skrg ni tgh on progress. Hopefully sumenye ready la sebelum majlis tu nanti.

Kad jemputan semua pun dah edar. Kawan yang jauh2 tu sume pn dah jemput melalui Facebook, email ataupn sms dan call. Harapnye sudi la dtg ye, walaupn 2 minggu cuti skolah ni kompem rmai yang ada list walimatul urus semasing. Maklum je la musim org kawen skrg ni.

Persiapan diri sendiri pulak, hari rabu ni start cuti. Then plannye rabu tu gi spa kat Shah Alam. Then, maybe malam tu ataupn khamis nak berinai. Aiieee..i dah la tak penah gi spa. So, kali ni merasa la jugak kan. Hehe. Gi sorg je. Maklum la pegi time member2 sume tgh keje. Camne nak teman. Umi plak msti sibuk nye. Maklum je la masak sndiri. Tak amik catering. Mesti byk bende nak kene siap. Ape2 pun semayang hajat nak kene buat slalu. Ye la. Nak mintak agar cuaca baik hari tu dan semuanya berjalan lancar.

Ya Allah...berkati lah perkahwinanku ini...

p/s:Haaaaaaaaaaaaaaa......ok rase nak jerit kuat2 mcm tu skrg. (wlaupn dalam hati pun jadila).

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]